Friday, 22 February 2013

melangkah ke sarjana?

salam ukhwah

hari ni di pejabat ada majlis sambutan maulidul rasul dan majlis perpisahan dua orang staff FAMA. sorang pelajar praktikal dan seorang sambung belajar. majlisnya ringkas tapi seronok. macam-macam makanan yang dibawak, kalau raye entah lagi lah macam mane agaknye.

mula dari jam 8.00 pagi masuk pejabat aku tak ke tempat operasi seperti biase sebab nak letak beg kat meje dulu. biasenye pagi-pagi aku punggah kelapa, pisang dan ikan keli untuk diorang hantar ke penjual runcit (dah macam buruh kasar kalau praktikal kat FAMA ni) bile aku masuk pejabat je mak yan dah hulur makanan. mi bandung muar katenye. bau je dah naik nafsu nak makan. gile sedap! jadi bermula lah hari yang penuh dengan hidangan-hidangan yang boleh membuncitkan perut lelaki.

hiasan je

sorang staff FAMA ni sambung belajar dan ambil sarjana dalam pendidikan (kalau tak silap). memang syok dengar sambung master. mesti best gile. orang pon pandang tinggi bile ade kelayakan yang lebih tinggi. setakat degree ape lah sangat sekarang ni. rezeki die untuk sambung belajar.

ade beberapa staff lain tanye aku sama ada aku nak sambung master lepas ni or tak? aku cume boleh cakap dalam benak hati ni sangat-sangat lah nak sambung tapi bukan senang. banyak perkara nak kene kite tengok dulu. aku bukan anak orang kaye yang duit boleh labur gitu je. 

master perlukan banyak duit dan masa. aku pegang pada diri aku yang satu hari nanti aku memang akan sambung master. banyak perkara yang aku kene consider macam faktor pekerjaan, faktor kewangan, faktor masa dan faktor kehendak pasaran. 

sekarang untuk dapatkan pekerjaan, kelayakan yang diperlukan hanya segulung ijazah dan pengalaman memberi kelebihan. master ada tersenarai dalam kelayakan tapi sedikit dan bilangan pemegang ijazah sarjana  agak ramai. sektor swasta tidak mungkin mengambil pekerja master jika yang sebenarnya diperlukan adalah kelayakan degree sahaja. semua itu hanya akan meningkatkan kos mereka.dalam bidang pendidikan pula sebagai pensyarah di IPTA kelayakan kini berada pada tahap PhD dan jangan lupa yang pihak universiti sedang giat melatih pensyarah-pensyarahnya untuk memegang title Dr.


jadinye aku ade 2 jalan yang akan aku pilih sama ada terus sambung belajar atau kerja dahulu. andainya ada rezeki dan aku dapat sambung master dengan biasiswa confirm aku  terus sambung. tapi kalau sebaliknya, aku berkerja dulu, kukuhkan posisi kewangan dan kerjaya lepas tu insyaAllah aku terus sambung master.

mudah-mudahan ape yang aku hajatkan ni tercapai. ape yang penting usaha dan pengajaran terbaik adalah melalui pengalaman. ok,bye!^_^

Thursday, 21 February 2013

Orang Melayu cakap Inggeris

salam ukhwah

baru-baru ni aku ade terbaca yang ade segelintir masyarakat yang memohon agar kerajaan meneruskan program PPSMI, dan masih ada diantara kita yang bergembira dengan keputusan menghapuskan PPSMI. aku tak kesah pasal PPSMI walaupun aku antara pelajar yang menjadi 'mangsa'. kalau nak salahkan PPSMI atas kegagalan aku zaman sekolah dulu pun tak betul. diri sendiri yang malas nak belajar, ramai je kawan-kawan yang dapat result baik.

ape pon bukan isu PPSMI yang aku nak cakap tapi isu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu. aku yang belajar di UiTM yang mana pengajaran dan pembelajarannya menggunakan bahasa Inggeris pun masih tak mampu bercakap dan menulis dengan baik apatah lagi masyarakat yang tidak terdedah pada bahasa Inggeris.

kerajaan sibuk pikir cara nak bagi pelajar sekolah berbahasa Inggeris dengan baik terutama pelajar Melayu. macam-macam program diorang buat. setahu aku ade satu program yang mana kerajaan panggil cikgu dari luar untuk ajar bahasa Inggeris.

kalau dulu mase aku belajar disekolah, bahasa Inggeris cuma satu mata pelajaran. aku tak penah anggap lebih dari mata pelajaran dan cikgu yang mengajar tak menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar walaupun mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris!

bukan bermakna aku nak salahkan cikgu tapi bagi aku cikgu patut membantu dengan berbicara dalam bahasa Inggeris supaya pelajar tidak lah keras lidah bile berbahasa Inggeris. contoh, ibu-ibu zaman sekarang lebih suka berbahasa Inggeris bila bercakap dengan anak mereka sebab mereka tahu yang latihan sebegitu adalah jalan yang terbaik. mungkin senario ini lebih tertumpu pada kawasan bandar dan lain senarionya di kawasan luar bandar.

sumber : Utusan Melayu
teringat zaman sekolah dulu bila waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris kecut perut kami sekelas sebab cikgu yang ajar tu sangat garang! (tapi cun. hehe..) bile die masuk je kami tak kan dibenarkan untuk duduk. die akan ambil kapur putih dan tulis 'words end with ...ing'. maksudnye setiap dari kami kene bagi satu ayat yang berakhir dengan 'ing', contohnya 'ending' 'beginning' 'asking'. mule lah masing-masing bukak kamus dan angkat tangan sebab 2 orang yang terakhir akan kene rotan (sakit weh die rotan).

aku pulak cume beberape kali je kene rotan bukan sebab aku tahu bahasa Inggeris tapi kawan-kawan tolong. aku bukan la pelajar yang bijak,sederhana je. cara die mengajar memang bagus dan aku dapat A1 bahasa Inggeris dalam SPM. malangnye A1 hanya pada slip keputusan bukan pada pertuturan dan penulisan.

sumber : Utusan Melayu
mungkin masyarakat terutamanya yang duduk diluar bandar akan mula membuka minda mereka untuk lebih mengenali dan mencuba untuk menguasai bahasa Inggeris. program anak angkat dan homestay sangat membantu. orang kampung terpaksa mempelajari bahasa Inggeris supaya mereka dapat berkomunikasi dengan pelancong asing. pelajaran yang baik adalah melalui pengalaman.

aku anak kampung tradisi dan dibesarkan di kampung. amat jarang melihat orang kampung terutamanya anak muda membaca bahan bacaan Inggeris apatah lagi bertutur dalam bahasa Inggeris. orang kampung masih ada sifat malu untuk cuba bertutur dalam bahasa Inggeris. memang begitu sifat orang Melayu yang pemalu. kalau pun ada yang cuba berbual dalam bahasa Inggeris pasti diajuk 'eceh..cakap orang putih bagai' 'mat saleh la konon' 'poyo lah nak cakap Inggeris'. mungkin waktu tu penggunaan bahasa Inggeris tak meluas dan orang kampung tak nampak keperluannya.

kini dengan adanya projek mega yang kerajaan laksanakan yang mana membawa ramai orang asing antaranya dari Jepun dan Eropah penduduk terpaksa belajar serba sedikit bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. anak-anak muda yang berkerja di syarikat asing mula berbahasa Inggeris walaupun duduk di kampung. namun bahasa itu hanya bahasa penghantar antara orang Melayu dan bukan Melayu.

sungguh pun penggunaan bahasa Inggerisnya sedikit, tapi amat membanggakan yang mana orang kampung aku mampu berbahasa Inggeris. mungkin satu hari nanti, ibu-ibu di kampung mula melatih anak kecil mereka supaya bercakap dalam bahasa Inggeris. tidak hanya di bandar, anak orang kampung tradisi juga mampu berbicara sesama mereka dalam bahasa Inggeris.

kampung aku dibesarkan
moga-moga tak terdengar lagi ayat 'gostan' yang membawa maksud reverse. kelakar bile teringat zaman tu dan aku pun tak penah terduga yang ayat sebenar adalah reverse. orang kampung, jadi cara kampung lah!

tak ada idea yang aku boleh bagi untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan orang Melayu terutama orang kampung. mungkin bukan sekarang. ape pun aku tetap nak tengok anak kampung boleh bertutur dalam bahasa Inggeris sehebat anak-anak bandar. ok,bye!^_^


Agromas vs Nescafe

salam ukhwah

kebetulan bila berada di FAMA ni aku berpeluang kenal pelbagai produk-produk yang dipasarkan FAMA. dalam FAMA ada satu unit yang dipanggil unit 'proses'. kerjenye mudah, memasarkan produk-produk yang siap diproses. Produk-produk keluaran Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) diambil oleh FAMA dan dipasarkan dibawah satu jenama iaitu 'Agromas'. 
Agromas white coffee

sekarang ni diorang giat promote kopi diorang dan yang paling popular kopi putih. (macam tak sedap je bunyinye) white coffee (ha,baru sedap bunyinye). dalam 1 pek besar kopi ni ada 15 pek kecil. rasenye memang sedap. ade rase macam Starbucks jugak lah bagi aku. cume yang aku tak berape berkenan dengan harganya, untuk white coffee sebungkus harganye RM 15.00. kalau nak dibandingkan dengan kopi-kopi PKS yang lain memang agak berpatutan tapi bile dibandingkan dengan kopi-kopi lain contohnya Nescafe yang popular memang agak mahal.


mengikut kate staff FAMA, Agromas guna bahan-bahan yang berkualiti dan sebab tu harganya mahal. memang tak dinafikan tapi dengan tak ada promosi dan pengetahuan orang awam tentang brand Agromas yang rendah mesti susah untuk bersaing dalam pasaran. 

packaging pon tak la berape menarik kalau nak dibandingkan dengan Nescafe. kopi Nescafe kite boleh dapat dengan harga yang lebih murah. ade yang cume RM 10.00 je kat pasaran. mungkin peminat tegar kopi  tak akan pilih yang murah dan pastinye mereka akan beli yang mahal dengan kualiti yang lebih tinggi. 

walau macam mane pun kopi ni tetap menjadi kebanggaan aku sebab tak sangke orang Melayu mampu buat kopi yang sedap macam ni. ade kick kate orang. mungkin ade yang tertanye kenape nak bandingkan dengan Nescafe yang mane Nescafe bukan tandingan Agromas, tapi untuk bench marking tak salah untuk bandingkan dengan company yang lebih hebat dan besar. aku percaya yang ni akan mampu tingkatkan produktiviti dan semangat untuk pergi lebih jauh walaupun belum bercita-cita untuk berada lebih hebat dari Nescafe.

jadi pada sesiapa yang masih belum mencuba boleh la cuba. pasti anda tidak akan menyesal dengan kualiti dan rasa kopi terbaik dari Malaysia ni. k, bye!^_^ 

Wednesday, 20 February 2013

tulisan

salam ukhwah

buat pertama kalinya hari ini aku belajar cara kira stok yang sebenar di FAMA. selama ni pon cume kira stok sendiri-sendiri, jadi tidak lah se-formal macam perniagaan yang serius. aku belajar satu-satu dari segi cara nak tengok barang sampai lah merekod segala bagai. pening dan membosankan walaupun ramai yang tolong dan barang cuma sikit je. 

ape pun bukan lah isu merekod barang yang nak diceritakan tapi pasal tulisan. ramai mengatakan yang tulisan menggambarkan identiti seseorang dan mampu menjadi satu kaedah bagi mengenal pasti seseorang. Nak diceritakan semasa aku sibuk menyalin rekod-rekod stok sorang senior tegur aku, 'ape sal tulisan kau macam budak sekolah?' 'act like degree bro'. sentap jugak lah bile kene macam tu tapi nak kate ape. dah memang tulisan aku macam budak sekolah. 



comelkan tulisan aku? tak da macam tulisan budak sekolah kan? waktu belajar pon aku tak diajar untuk menulis seperti orang dewasa tapi ini tak bermakna aku salahkan pengajar. aku silap sebab tak cuba untuk ambil tahu. gaya tulisan yang berangkai dan cepat memang membantu menjimatkan masa. teringat waktu sekolah rendah bila cikgu mengajar 'TULISAN BERANGKAI' susah sangat dan aku bosan menulis cara begitu. 

aku cuba jugak menulis 'seperti orang dewasa' tapi bukan senang. kesudahannya aku jugak yang tak paham dengan ape yang aku tulis. 


ape pun aku tetap cube untuk menulis cara 'orang dewasa'. ok,bye! ^_^