buat pertama kalinya hari ini aku belajar cara kira stok yang sebenar di FAMA. selama ni pon cume kira stok sendiri-sendiri, jadi tidak lah se-formal macam perniagaan yang serius. aku belajar satu-satu dari segi cara nak tengok barang sampai lah merekod segala bagai. pening dan membosankan walaupun ramai yang tolong dan barang cuma sikit je.
ape pun bukan lah isu merekod barang yang nak diceritakan tapi pasal tulisan. ramai mengatakan yang tulisan menggambarkan identiti seseorang dan mampu menjadi satu kaedah bagi mengenal pasti seseorang. Nak diceritakan semasa aku sibuk menyalin rekod-rekod stok sorang senior tegur aku, 'ape sal tulisan kau macam budak sekolah?' 'act like degree bro'. sentap jugak lah bile kene macam tu tapi nak kate ape. dah memang tulisan aku macam budak sekolah.
comelkan tulisan aku? tak da macam tulisan budak sekolah kan? waktu belajar pon aku tak diajar untuk menulis seperti orang dewasa tapi ini tak bermakna aku salahkan pengajar. aku silap sebab tak cuba untuk ambil tahu. gaya tulisan yang berangkai dan cepat memang membantu menjimatkan masa. teringat waktu sekolah rendah bila cikgu mengajar 'TULISAN BERANGKAI' susah sangat dan aku bosan menulis cara begitu.
aku cuba jugak menulis 'seperti orang dewasa' tapi bukan senang. kesudahannya aku jugak yang tak paham dengan ape yang aku tulis.
No comments:
Post a Comment