Thursday, 21 February 2013

Orang Melayu cakap Inggeris

salam ukhwah

baru-baru ni aku ade terbaca yang ade segelintir masyarakat yang memohon agar kerajaan meneruskan program PPSMI, dan masih ada diantara kita yang bergembira dengan keputusan menghapuskan PPSMI. aku tak kesah pasal PPSMI walaupun aku antara pelajar yang menjadi 'mangsa'. kalau nak salahkan PPSMI atas kegagalan aku zaman sekolah dulu pun tak betul. diri sendiri yang malas nak belajar, ramai je kawan-kawan yang dapat result baik.

ape pon bukan isu PPSMI yang aku nak cakap tapi isu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu. aku yang belajar di UiTM yang mana pengajaran dan pembelajarannya menggunakan bahasa Inggeris pun masih tak mampu bercakap dan menulis dengan baik apatah lagi masyarakat yang tidak terdedah pada bahasa Inggeris.

kerajaan sibuk pikir cara nak bagi pelajar sekolah berbahasa Inggeris dengan baik terutama pelajar Melayu. macam-macam program diorang buat. setahu aku ade satu program yang mana kerajaan panggil cikgu dari luar untuk ajar bahasa Inggeris.

kalau dulu mase aku belajar disekolah, bahasa Inggeris cuma satu mata pelajaran. aku tak penah anggap lebih dari mata pelajaran dan cikgu yang mengajar tak menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar walaupun mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris!

bukan bermakna aku nak salahkan cikgu tapi bagi aku cikgu patut membantu dengan berbicara dalam bahasa Inggeris supaya pelajar tidak lah keras lidah bile berbahasa Inggeris. contoh, ibu-ibu zaman sekarang lebih suka berbahasa Inggeris bila bercakap dengan anak mereka sebab mereka tahu yang latihan sebegitu adalah jalan yang terbaik. mungkin senario ini lebih tertumpu pada kawasan bandar dan lain senarionya di kawasan luar bandar.

sumber : Utusan Melayu
teringat zaman sekolah dulu bila waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris kecut perut kami sekelas sebab cikgu yang ajar tu sangat garang! (tapi cun. hehe..) bile die masuk je kami tak kan dibenarkan untuk duduk. die akan ambil kapur putih dan tulis 'words end with ...ing'. maksudnye setiap dari kami kene bagi satu ayat yang berakhir dengan 'ing', contohnya 'ending' 'beginning' 'asking'. mule lah masing-masing bukak kamus dan angkat tangan sebab 2 orang yang terakhir akan kene rotan (sakit weh die rotan).

aku pulak cume beberape kali je kene rotan bukan sebab aku tahu bahasa Inggeris tapi kawan-kawan tolong. aku bukan la pelajar yang bijak,sederhana je. cara die mengajar memang bagus dan aku dapat A1 bahasa Inggeris dalam SPM. malangnye A1 hanya pada slip keputusan bukan pada pertuturan dan penulisan.

sumber : Utusan Melayu
mungkin masyarakat terutamanya yang duduk diluar bandar akan mula membuka minda mereka untuk lebih mengenali dan mencuba untuk menguasai bahasa Inggeris. program anak angkat dan homestay sangat membantu. orang kampung terpaksa mempelajari bahasa Inggeris supaya mereka dapat berkomunikasi dengan pelancong asing. pelajaran yang baik adalah melalui pengalaman.

aku anak kampung tradisi dan dibesarkan di kampung. amat jarang melihat orang kampung terutamanya anak muda membaca bahan bacaan Inggeris apatah lagi bertutur dalam bahasa Inggeris. orang kampung masih ada sifat malu untuk cuba bertutur dalam bahasa Inggeris. memang begitu sifat orang Melayu yang pemalu. kalau pun ada yang cuba berbual dalam bahasa Inggeris pasti diajuk 'eceh..cakap orang putih bagai' 'mat saleh la konon' 'poyo lah nak cakap Inggeris'. mungkin waktu tu penggunaan bahasa Inggeris tak meluas dan orang kampung tak nampak keperluannya.

kini dengan adanya projek mega yang kerajaan laksanakan yang mana membawa ramai orang asing antaranya dari Jepun dan Eropah penduduk terpaksa belajar serba sedikit bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. anak-anak muda yang berkerja di syarikat asing mula berbahasa Inggeris walaupun duduk di kampung. namun bahasa itu hanya bahasa penghantar antara orang Melayu dan bukan Melayu.

sungguh pun penggunaan bahasa Inggerisnya sedikit, tapi amat membanggakan yang mana orang kampung aku mampu berbahasa Inggeris. mungkin satu hari nanti, ibu-ibu di kampung mula melatih anak kecil mereka supaya bercakap dalam bahasa Inggeris. tidak hanya di bandar, anak orang kampung tradisi juga mampu berbicara sesama mereka dalam bahasa Inggeris.

kampung aku dibesarkan
moga-moga tak terdengar lagi ayat 'gostan' yang membawa maksud reverse. kelakar bile teringat zaman tu dan aku pun tak penah terduga yang ayat sebenar adalah reverse. orang kampung, jadi cara kampung lah!

tak ada idea yang aku boleh bagi untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan orang Melayu terutama orang kampung. mungkin bukan sekarang. ape pun aku tetap nak tengok anak kampung boleh bertutur dalam bahasa Inggeris sehebat anak-anak bandar. ok,bye!^_^


No comments:

Post a Comment